Hibah Takaful

HIBAH TAKAFUL YANG PERLU TAHU.

Spread the love

5 tips kempen Hibah Keluarga yang menjadi kehidupan menjadi Senang dan Selesa. Nak tahu kempen Hibah Keluarga Satu Hibah untuk Satu Keluarga.

Apakah akan berlaku jika anda meninggal secara tiba-tiba? Bagaimana keadaan keluarga anda yang ditinggalkan? Pasti ada hutang-hutang dan bil-bil yang perlu diselesaikan?

Kami boleh membantu anda semua dengan 5 tips yang perlu diikuti dan difahami.

Hibah adalah memberi milik harta yang dipunyai oleh Penghibah ketika masih hidup secara sukarela Tanpa Balasan.

Hibah Takaful memberi manfaat untuk orang yang disayangi. Dan, perlindungan bagi membantu diri sendiri, keluarga dan orang tersayang sebagai persediaan menghadapi masa kini, hadapan dan selepas meninggal. “Setiap yang hidup pasti akan mati” Ali ‘Imran, 3,185.

Takaful salah satu instrumen pengurusan harta Islam bersifat jaminan pemeliharaan diri, keluarga dan harta.

Hibah Takaful, menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSA) 2013, peserta Takaful dibenarkan memilih bentuk bayaran manfaat seperti berikut :-

  1. Melantik penama yang menerima manfaat Takaful sebagai Pelaksana yang akan mengagihkan berdasarkan undang-undang perwarisan.
  2. Memilih penama untuk menerima manfaat sebagai penerima Hibah bersyarat.
  3. Menyerah manfaat kepada penerima yang ditentukan dibawah Penyerahan Hak Mutlak.

IFSA 2013 menjelaskan tentang manfaat takaful, hibah, benefisiari dan wasi. Dengan Hibah Takaful ini manfaatnya boleh disampaikan kepada sesiapa sahaja individu yang anda mahukan.

Kelebihan mengagihkan harta dan kekayaan

  1. Insan yang paling disayangi.
  2. Individu yang pernah berjasa.
  3. Membantu Insan lain.
  4. Sesiapa saja.

Sebelum saya berkongsi lebih lanjut lagi, anda boleh ikuti saya di Facebook Page dan Youtube Channel. Dengan sokongan murni anda ini memberi satu semangat kepada saya untuk memberi konten-konten yang bermanfaat lagi. In sya allah.

Dan, ini adalah berdasar dari kefahaman dan pengalaman selama ini saya berkecimpung di dalam industri Takaful ini.

5 Tips Kempen Hibah Satu Keluarga Satu Hibah,

Tip #1

Penggantian Pendapatan, cara mudah dan peace of mind jika ada perlindungan ini. Kita sedia maklum, jodoh dan ajal maut itu kuasa Tuhan, tetapi apakah persediaan yang dilakukan sekira tiada kelak. Caruman Hibah ini mendapat meneruskan kehidupan keluarga yang ditinggalkan oleh balu tersebut.

Tip #2

Penyelesaian Hutang, kebanyakkan penduduk di Malaysia mempunyai hutang samada hutang perumahan, kenderaan, kad kredit, personal loan dan sebagainya. Belum termasuk lagi, hutang-hutang dengan sedara mara atau kawan-kawan. Walaubagaimanapun, hutang-hutang tersebut perlu dibayar atau dilangsaikan oleh balu itu. Dari mana perlu mereka mendapatkan wang untuk menyelesaikan hutang tersebut. Hibah adalah cara paling mudah untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut.

Tip #3

Simpanan Pesaraan, ini adalah pelan tindakan yang terbaik selepas persaraan.  Ada dikalangan kita yang bisnes sendiri, ini adalah satu simpanan untuk tempoh yang dijangkakan ketika umur 50-60 tahun, bergantung kepada niat masing-masing.  Walaupun, pelan ini boleh juga dilaksanakan bagi yang bekerja sebagai simpanan tambahan apabila waktu tua kelak.

Tip #4

Simpanan Kecemasan, semasa caruman ini kemungkinan berlaku perkara yang tidak diingin seperti terjejas dalam bisnes, simpanan tadi boleh dikeluarkan dengan mudah dan segera, jika berbanding hartanah, rumah dan kenderaan.

Tip #5

Dividen Tinggi, caruman dari Hibah ini juga pihak pengurusan syarikat juga, akan memberi dividen tiap-tiap tahun berdasarkan caruman dan perlindungan yang dilakukan serta dividen ini dimasukkan ke dalam akaun masing-masing. Dianggarkan melebihi 5% setahun bergantung kepada keadaan pasaran dan ekonomi semasa.

Kesimpulannya, daripada hasrat positif ini akan membina Legasi kepada keluarga dan generasi akan datang.  Ia juga akan melahirkan ramai Bumpitera yang bermotivasi tinggi dan tidak bergantung harap dari kerajaan sepenuhnya.  Selain itu juga, ini adalah salah satu pengurusan kewangan yang paling efektif dan berkeyakinan tinggi.

Dari pengalaman sendiri, pengurusan yang berwawasan serta mempunyai perlindungan efektif sebegini akan memberi keyakinan penuh untuk memberi pinjaman serta-merta dan kemudahan had tinggi.  Ianya akan menjadi satu penanda aras bagi melayakkan mendapat kemudahan tersebut. Begitu juga sebaliknya bagi individu.

Saranan kami supaya kita mendapat pengetahuan yang terbaik tentang Hibah Takaful ini supaya Niat ini akan mendokong nilai dan hasrat yang diingini. Ikuti kami di Facebook Page dan Website.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *